Tuesday 15 November 2011

This is MY Business!


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Semalam buat pertama kali, saya naik ke pentas bagi menerima cek bonus bulan Oktober. Walaupun tidak dapat disaksikan insan tercinta, namun saya yakin saya tetap dalam doanya sentiasa. Selain menerima cek bonus, saya berpeluang berkenalan dengan rakan-rakan niaga lain. Biar apa pun latarbelakang kami, impian kami tetap sama. Seronok melihat mereka yang telah berjaya. Semoga saya juga akan mengikut jejak langkah mereka satu hari nanti. Insya Allah... Majlis bertambah istimewa dengan kehadiran Pengasas WWN.

Sungguh saya terkesima tatkala mendengar ungkapan "This is MY Business!" pada Malam Penyerahan Bonus Bulan Oktober yang diadakan di Ibu Pejabat WWN. Ungkapan itu saya anggap sungguh keramat yang lahir dari insan yang paling disayangi dan dihormati di WWN iaitu Dr. Noordin Darus. Ungkapan yang saya pasti tulus ikhlas itu telah memberi 'kesan' yang amat mendalam dalam jiwa saya. Lantas saya berjanji bahawa saya "Tidak Akan Berpaling Lagi" (",)

1 comment: