Sesetengah orang atau masyarakat tertentu mengatakan ada 1001 sebab mengapa wanita harus bersedia untuk sering berhubungan intim bersama suami. Beberapa perkara positif dapat dikesan hasil daripada berhubungan intim ini, antaranya adalah dapat meningkatkan mood, mempengaruhi keindahan kulit dan penampilan lebih menarik selain kepuasan secara fisik. Namun mengikut kajian daripada pakar-pakar kecantikan, ada 8 kebaikan yang diperoleh khusus untuk wanita (isteri) apabila melakukan hubungan intim bersama suaminya. Manfaat yang dimaksudkan ialah:
1. Membuat Wanita Lebih Cantik
Hal ini telah dibuktikan secara ilmiah bahawa ketika berhubungan intim, wanita yang memiliki hormon estrogen harus diproduksi dalam jumlah besar kerana ia membantu menjadikan kulit mereka lebih halus dan rambut mereka berkilau.
2. Meningkatkan Kesihatan Kulit
Berhubungan intim secara lembut dan lambat dapat mengurangkan risiko terkena dermatitis, mengurangkan masalah ruam, dan noda pada kulit seperti jerawat. Peluh yang keluar ketika berhubungan seks juga dapat membersihkan pori-pori dan membuatkan kulit lebih bersinar.
3. Menurunkan Berat Badan
Berhubungan intim adalah cara yang baik untuk menurunkan berat badan. Seks membakar kalori. Selain itu, seks membantu tubuh untuk menjadi lebih elastis dan fleksibel.
4. Seks adalah Senaman
Berhubungan intim adalah jenis senaman yang paling menyihatkan. Aktiviti ini dapat meregangkan hampir setiap otot tubuh anda. Selain keselamatan, seks adalah juga salah satu senaman yang paling menyenangkan.
5. Mengubati Depression (Kemurungan)
Hubungan intim suami isteri adalah cara yang paling efektif mengubati kemurungan yang mendalam dan berkepanjangan. Selama seks, darah diperkaya dengan endorfin, hormon suka cita, sehingga membawa rasa sangat ceria. Anda akan merasakan hampir semua masalah dalam hidup ini tidak separah seperti yang anda bayangkan.
6. Membuat Wanita Lebih Menarik
Tubuh yang aktif secara seksual menghasilkan sejumlah besar zat yang disebut feromon (pheromones). Semakin banyak dan lama anda berhubungan seks, aura dan kecantikan dari dalam tubuh anda semakin terserlah.
7. Menyembuhkan Sakit Kepala
Seks menyembuhkan sakit kepala. Hubungan seksual bertindak mengurangkan ketegangan akibat pengembangan pembuluh darah pada otak.
8. Seks sebagai Sedatif
Seks adalah ubat yg amat berkesan dan terbaik di dunia untuk menenangkan saraf dan melegakan ketegangan . Berhubungan intim adalah 10 kali lebih kuat sebagai ubat sedatif.
Showing posts with label Sihat. Show all posts
Showing posts with label Sihat. Show all posts
Friday, 27 April 2012
Thursday, 9 February 2012
Bahaya Minum Air Yang Tercemar - Dapatkan All New RxWater System hari ini!
Umum mengetahui bahawa air paip bukanlah air yang baik dan selamat diminum. Sekiranya anda tidak ada sebarang penapis di dalam rumah atau di luar rumah, anda mungkin meminum air yang tercemar atau tidak bersih, lebih-lebih lagi sekiranya anda menggunakan air terus dari paip.
Dalam keadaan ini, yang malang ialah buah pinggang dan hati (liver) anda yang terpaksa menapis segala kekotoran. Tidak hairanlah sekiranya penyakit buah pinggang semakin meningkat di kalangan kita. Air yang bersih dan suci amat penting kepada kehidupan kita yang sihat memandangkan badan kita diliputi sebanyak 60% (dewasa) hingga 75% air (bayi).
Dapatkan penapis air hari ini juga. Dan pilihan yang tepat dan terbaik adalah penapis Air Sihat All New RxWater System kerana kelebihan-kelebihannya yang boleh membantu anda hidup dengan sihat dan ceria. Jangan lengah lagi. Bertindaklah sebelum terlambat :-)
Dalam keadaan ini, yang malang ialah buah pinggang dan hati (liver) anda yang terpaksa menapis segala kekotoran. Tidak hairanlah sekiranya penyakit buah pinggang semakin meningkat di kalangan kita. Air yang bersih dan suci amat penting kepada kehidupan kita yang sihat memandangkan badan kita diliputi sebanyak 60% (dewasa) hingga 75% air (bayi).
Dapatkan penapis air hari ini juga. Dan pilihan yang tepat dan terbaik adalah penapis Air Sihat All New RxWater System kerana kelebihan-kelebihannya yang boleh membantu anda hidup dengan sihat dan ceria. Jangan lengah lagi. Bertindaklah sebelum terlambat :-)
Tuesday, 15 November 2011
Diabetes Ibu Segala Penyakit
Faktanya setiap 10 saat, dua orang disahkan menghidap diabetes di seluruh dunia manakala empat juta lain maut akibatnya setiap tahun. Tidak cukup dengan itu, diabetes juga berada di tangga keempat penyakit membawa maut.
Menggerunkan bukan? Hakikatnya, di Malaysia sendiri, kira-kira 1.2 juta rakyatnya disahkan penghidap diabetes atau kencing manis. Malangnya, apa yang menyedihkan, separuh daripada jumlah itu tidak menyedari mereka menghidap diabetes sehinggalah dirawat kerana berdepan salah satu komplikasi diabetes.
Setiausaha Am Persatuan Diabetes Malaysia, Datuk Rahimah Ahmad berkata, faktor Malaysia yang diketahui kaya pelbagai jenis hidangan yang lazat, sedikit sebanyak menjadikan ramai leka dengan kandungan gula dan kalori makanan yang diambil.
“Faktor ini digabung pula dengan gaya kehidupan moden kurang aktif yang menyumbang kepada peningkatan kes diabetes yang ketara di negara ini,” katanya ketika merasmikan acara kempen kesedaran diabetes kepada orang awam anjuran persatuan itu, baru-baru ini.
Mengetahui kadar gula dalam darah membantu mengurus diabetes.
Selain penyakit maut, diabetes juga kerap dirujuk sebagai ibu segala penyakit kerana memungkinkan pesakitnya berdepan pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah jantung termasuk kegagalan fungsi jantung. Malah, risiko serangan angin ahmar sememangnya lebih tinggi di kalangan pesakit diabetes berbanding bukan penghidap penyakit itu.
Bukan itu saja, pesakit diabetes juga berisiko hingga empat kali ganda terhadap penyakit jantung atau yang berkaitan kardiovaskular.
Pensyarah Perubatan dan Pakar Runding Kanan Endokrinologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed, pula menegaskan, diabetes adalah penyakit seumur hidup yang setakat ini tidak boleh disembuhkan.
Namun, usaha mengawal pemakanan, melakukan senaman dan mengambil ubat-ubatan mengikut keperluan adalah kaedah pengurusan diabetes yang baik.
Gengran antara komplikasi akibat diabetes.
“Diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh memendekkan hayat seseorang sehingga 10 tahun,” katanya.
Biarpun diabetes dikenali sebagai penyakit orang dewasa, namun kebelakangan ini diabetes Jenis Dua terbukti semakin meningkat di kalangan kanak-kanak dan remaja. Ia dikaitkan dengan masalah terlalu gemuk atau obesiti, kurang bersenam dan diet tidak sihat.
“Gaya hidup dan pemakanan menjadi punca kegemukan yang membawa kepada diabetes. Malah hari ini, tidak menghairankan jika anda mengenali seorang pesakit diabetes yang hanya berusia 12 atau 10 tahun,” katanya.
>> lebih lanjut di Info Kesihatan
Wednesday, 26 October 2011
SELAMAT DATANG KE DUNIA KESIHATAN ANDA
Salam sejahtera dan salam perkenalan buat anda semua. Selamat datang ke Dunia Kesihatan Anda. Apakah disebalik Dunia Kesihatan? Bagi saya Dunia menggambarkan sesuatu yang sangat besar manakala Kesihatan pula sesuatu yang amat penting buat kita semua tiap hari, tiap masa. Apalah ertinya kekayaan jika tidak miliki kesihatan? Pasti anda semua setuju kan? Jadi, atas dasar Kesihatan, saya memulakan arena persuratan di blog ini bagi berkongsi dengan sesiapa jua yang peka kepada Kesihatan. Nantikan coretan saya lagi....
Subscribe to:
Posts (Atom)

