Friday 27 April 2012

KELEBIHAN HUBUNGAN INTIM KEPADA WANITA

Sesetengah orang atau masyarakat tertentu mengatakan ada 1001 sebab mengapa wanita harus bersedia untuk sering berhubungan intim bersama suami. Beberapa perkara positif dapat dikesan hasil daripada berhubungan intim ini, antaranya adalah dapat meningkatkan mood, mempengaruhi keindahan kulit dan penampilan lebih menarik selain kepuasan secara fisik.  Namun mengikut kajian daripada pakar-pakar  kecantikan,  ada 8 kebaikan yang diperoleh khusus untuk wanita (isteri) apabila melakukan hubungan intim bersama suaminya. Manfaat yang dimaksudkan ialah:

1. Membuat Wanita Lebih Cantik
Hal ini telah dibuktikan secara ilmiah bahawa ketika berhubungan intim, wanita yang memiliki hormon estrogen harus diproduksi dalam jumlah besar kerana ia membantu menjadikan kulit mereka lebih halus dan rambut mereka berkilau.

2. Meningkatkan Kesihatan Kulit
Berhubungan intim secara lembut dan lambat dapat mengurangkan risiko terkena dermatitis, mengurangkan masalah ruam, dan noda pada kulit seperti jerawat. Peluh yang keluar ketika berhubungan seks juga dapat membersihkan pori-pori dan membuatkan  kulit lebih bersinar.

3. Menurunkan Berat Badan
Berhubungan intim adalah cara yang baik untuk menurunkan berat badan. Seks membakar kalori. Selain itu, seks membantu tubuh untuk menjadi lebih elastis dan fleksibel.

4. Seks adalah Senaman
Berhubungan intim adalah jenis senaman yang paling menyihatkan. Aktiviti ini dapat meregangkan hampir setiap otot tubuh anda. Selain keselamatan, seks adalah juga salah satu senaman yang paling menyenangkan.

5. Mengubati Depression (Kemurungan)
Hubungan intim suami isteri adalah cara yang paling efektif mengubati kemurungan yang mendalam dan berkepanjangan. Selama seks, darah diperkaya dengan endorfin, hormon suka cita, sehingga membawa rasa sangat ceria. Anda akan merasakan hampir semua masalah dalam hidup ini tidak separah seperti yang anda bayangkan.

6. Membuat Wanita Lebih Menarik
Tubuh yang aktif secara seksual menghasilkan sejumlah besar zat yang disebut feromon (pheromones). Semakin banyak dan lama anda berhubungan seks, aura dan kecantikan dari dalam tubuh anda semakin terserlah.

7. Menyembuhkan Sakit Kepala
Seks menyembuhkan sakit kepala. Hubungan seksual bertindak mengurangkan ketegangan akibat pengembangan pembuluh darah pada otak.

8. Seks sebagai Sedatif
Seks adalah ubat yg amat berkesan dan terbaik di dunia untuk menenangkan saraf dan melegakan ketegangan . Berhubungan intim adalah 10 kali lebih kuat sebagai ubat sedatif.

Thursday 9 February 2012

LEBIH SIHAT, LEBIH POWER dengan RxPower


Rx Power for Men merupakan Produk Terbaru dari WorldWellness Network yang sedang hangat di pasaran.. Rx Power for Men - Kombinasi bioteknologi unik yang menggabungkan ramuan pelbagai herba berkualiti tinggi yang dicipta khas.

Rx Power for Men merupakan kombinasi madu dan herba terpilih untuk meningkatkan tenaga dan kebolehan seksual kaum lelaki melalui cara yang semulajadi, sihat dan selamat.

Rx Power for Menjuga membantu anda untuk :-

* meningkatkan tahap testosteron
* meningkatkan kesuburan lelaki
* membantu masalah andropause
* anti-radang dan merawat masalah prostat
* membantu merawat masalah pundi kencing
* meningkatkan sistem imun tubuh
* membantu pesakit Alzheimer
* merangsang pengeluaran hormon
* meningkatkan tenaga seksual lelaki secara natural
* merangsang & menyuburkan sperma
* antibiotik & anti radang semulajadi
* meningkatkan Libido
* bertahan lebih lama


Rx Power TIDAK SESUAI bagi mereka yang mengalami :-

* Darah tinggi
* Migrain
* Lemah jantung
* Wanita

Penggunaan :
1 sachet, 1 jam sebelum .....


Dapatkan RxPower hari ini dan rasailah perubahan POWER!!

Harga :
1 kotak : RM70.00 (6 sachet)
4 kotak : RM270.00

nak try dulu? 2 sachet RM35.00 (Penghantaran PERCUMA)
Hubungi Kay 016-3426513

Petua Jamu - Rx Dara

Penjagaan kecantikan dan kesihatan wanita bukan sahaja meliputi kecantikan luaran malah ia turut membabitkan dalaman wanita, apa lagi setelah bergelar ibu. Sebaik sahaja bersalin, bermulalah proses penjagaan dalam pantang yang memerlukan rawatan tradisional tertentu dalam mengembalikan kesegaran si ibu. Ramai yang mengambil jamu ibu bersalin bagi memastikan darah berjalan lancar, bertenaga serta kembali segar. Walau bagaimanapun, berapa ramai ibu-ibu masa kini yang disiplin mengikut pantang larang orang-orang tua dulu sepenuhnya? Pasti tak ramai kan.... Tapi jagan risau.. Kini DDND berkongsi suatu resepi yang cukup istimewa untuk kaum hawa semua iaitu RxDara :-) 

RxDara diperbuat daripada bahan-bahan asli, seperti tumbuh-tumbuhan herba dan bunga-bungaan berkhasiat tinggi dipercayai baik untuk tubuh badan. Masalah dalaman wanita yang boleh menjejaskan rutin harian boleh diatasi dengan mengambil RxDara khusus untuk mereka. RxDara antara lain, dapat membantu mengurangkan kesan keputihan, membantu mengurangkan sengugut dan amat sesuai untuk ibu dalam pantang. RxDara juga sesuai untuk anak gadis yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur, membuang lemak dan meringankan badan.

RxDara diperbuat daripada herba-herba terpilih yang berkhasiat dalam proses penyembuhan dan kesegaran tubuh badan. Cubalah hari ini juga bagi merasakan sendiri kelaianannya. Jamu Rx Dara, MEMANG TERHEBAT DALAM KELASNYA :-)

Bahaya Minum Air Yang Tercemar - Dapatkan All New RxWater System hari ini!


Umum mengetahui bahawa air paip bukanlah air yang baik dan selamat diminum. Sekiranya anda tidak ada sebarang penapis di dalam rumah atau di luar rumah, anda mungkin meminum air yang tercemar atau tidak bersih, lebih-lebih lagi sekiranya anda menggunakan air terus dari paip.

Dalam keadaan ini, yang malang ialah buah pinggang dan hati (liver) anda yang terpak
sa menapis segala kekotoran. Tidak hairanlah sekiranya penyakit buah pinggang semakin meningkat di kalangan kita. Air yang bersih dan suci amat penting kepada kehidupan kita yang sihat memandangkan badan kita diliputi sebanyak 60% (dewasa) hingga 75% air (bayi).

Dapatkan penapis air hari ini juga. Dan pilihan yang tepat dan terbaik adalah penapis Air Sihat All New RxWater System kerana kelebihan-kelebihannya yang boleh membantu anda hidup dengan sihat dan ceria. Jangan lengah lagi. Bertindaklah sebelum terlambat :-)

Ulangtahun Fantastika WWN 2012

Jom ramai-ramai kita meriahkan Fantastika ke 9 WWN pada 31 Mac 2012 ini. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Hubungi saya bagi mendapatkan tiket pada harga yang sangat menakjubkan. RM2 je!!! Setiap tiket layak menyertai Cabutan Bertuah. Jangan lepaskan peluang keemasaan ini (",) 

Tuesday 15 November 2011

Cegah Diabetes!


Bilangan rakyat Malaysia yang menghidap diabetes terus meningkat setiap tahun. Pada tahun 2006, dianggarkan kira-kira 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa hidup dengan diabetes. Malangnya keputusan awal Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey atau NHMS) 2011 yang bakal diterbitkan pada bulan Disember 2011 menunjukkan bilangan ini kini telah mencapai lebih 3 juta rakyat Malaysia, hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja. Apa yang lebih merisaukan adalah bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi tetapi masih belum diperiksa oleh doktor, iaitu kira-kira 2 juta individu dewasa. Ini menunjukkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang masih belum melakukan ujian saringan kesihatan secara tetap dan berkala.

Diabetes adalah satu penyakit yang senyap (silent disease) pada peringkat awal. Majoriti individu dengan diabetes tidak mengalami sebarang gejala, kadang-kala sehingga 7-10 tahun dari penyakit mula terjadi. Namun begitu, jika individu tersebut menjalani ujian saringan kesihatan secara tetap, keputusan gula dalam darah yang tinggi mampu dikesan dari tahun pertama penyakit diabetes bermula. Jika diabetes dibiarkan berlanjutan tanpa dikesan, penyakit ini lebih sukar untuk dikawal dan risiko komplikasi diabetes seperti buta, sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan mati pucuk adalah tinggi.

Faktor-faktor risiko utama diabetes adalah:
  1. Mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap diabetes
  2. Berlebihan berat badan atau obes (BMI >23.0 kg/m2)
  3. Menghidap hipertensi
  4. Mempunyai tahap kolesterol yang tinggi
  5. Gaya hidup yang sedentari atau tidak aktif
  6. Bagi wanita yang mempunyai sejarah diabetes semasa mengandung (atau gestational diabetes)
Adalah disarankan agar semua rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun dan ke atas untuk menjalani ujian saringan faktor risiko NCD (non-communicable disease atau penyakit tidak berjangkit) setiap tahun. Ujian saringan asas ini merangkumi pemeriksaan tekanan darah, aras gula dan kolesterol dalam darah, pemeriksaan BMI (body mass index) dan ukurlilit pinggang. Namun begitu, jika anda mempunyai sebarang faktor risiko di atas, maka anda perlu mula menjalani ujian saringan seawal umur 20 tahun.

BERTINDAKLAH SEBELUM TERLAMBAT.

Diabetes Ibu Segala Penyakit

Faktanya setiap 10 saat, dua orang disahkan menghidap diabetes di seluruh dunia manakala empat juta lain maut akibatnya setiap tahun. Tidak cukup dengan itu, diabetes juga berada di tangga keempat penyakit membawa maut.

Menggerunkan bukan? Hakikatnya, di Malaysia sendiri, kira-kira 1.2 juta rakyatnya disahkan penghidap diabetes atau kencing manis. Malangnya, apa yang menyedihkan, separuh daripada jumlah itu tidak menyedari mereka menghidap diabetes sehinggalah dirawat kerana berdepan salah satu komplikasi diabetes.

Setiausaha Am Persatuan Diabetes Malaysia, Datuk Rahimah Ahmad berkata, faktor Malaysia yang diketahui kaya pelbagai jenis hidangan yang lazat, sedikit sebanyak menjadikan ramai leka dengan kandungan gula dan kalori makanan yang diambil.

“Faktor ini digabung pula dengan gaya kehidupan moden kurang aktif yang menyumbang kepada peningkatan kes diabetes yang ketara di negara ini,” katanya ketika merasmikan acara kempen kesedaran diabetes kepada orang awam anjuran persatuan itu, baru-baru ini.
Mengetahui kadar gula dalam darah membantu mengurus diabetes.

Selain penyakit maut, diabetes juga kerap dirujuk sebagai ibu segala penyakit kerana memungkinkan pesakitnya berdepan pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah jantung termasuk kegagalan fungsi jantung. Malah, risiko serangan angin ahmar sememangnya lebih tinggi di kalangan pesakit diabetes berbanding bukan penghidap penyakit itu.

Bukan itu saja, pesakit diabetes juga berisiko hingga empat kali ganda terhadap penyakit jantung atau yang berkaitan kardiovaskular.

Pensyarah Perubatan dan Pakar Runding Kanan Endokrinologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed, pula menegaskan, diabetes adalah penyakit seumur hidup yang setakat ini tidak boleh disembuhkan.

Namun, usaha mengawal pemakanan, melakukan senaman dan mengambil ubat-ubatan mengikut keperluan adalah kaedah pengurusan diabetes yang baik.
Gengran antara komplikasi akibat diabetes.

“Diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh memendekkan hayat seseorang sehingga 10 tahun,” katanya.

Biarpun diabetes dikenali sebagai penyakit orang dewasa, namun kebelakangan ini diabetes Jenis Dua terbukti semakin meningkat di kalangan kanak-kanak dan remaja. Ia dikaitkan dengan masalah terlalu gemuk atau obesiti, kurang bersenam dan diet tidak sihat.

“Gaya hidup dan pemakanan menjadi punca kegemukan yang membawa kepada diabetes. Malah hari ini, tidak menghairankan jika anda mengenali seorang pesakit diabetes yang hanya berusia 12 atau 10 tahun,” katanya.




>> lebih lanjut di Info Kesihatan