Tuesday 15 November 2011

Cegah Diabetes!


Bilangan rakyat Malaysia yang menghidap diabetes terus meningkat setiap tahun. Pada tahun 2006, dianggarkan kira-kira 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa hidup dengan diabetes. Malangnya keputusan awal Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey atau NHMS) 2011 yang bakal diterbitkan pada bulan Disember 2011 menunjukkan bilangan ini kini telah mencapai lebih 3 juta rakyat Malaysia, hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja. Apa yang lebih merisaukan adalah bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi tetapi masih belum diperiksa oleh doktor, iaitu kira-kira 2 juta individu dewasa. Ini menunjukkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang masih belum melakukan ujian saringan kesihatan secara tetap dan berkala.

Diabetes adalah satu penyakit yang senyap (silent disease) pada peringkat awal. Majoriti individu dengan diabetes tidak mengalami sebarang gejala, kadang-kala sehingga 7-10 tahun dari penyakit mula terjadi. Namun begitu, jika individu tersebut menjalani ujian saringan kesihatan secara tetap, keputusan gula dalam darah yang tinggi mampu dikesan dari tahun pertama penyakit diabetes bermula. Jika diabetes dibiarkan berlanjutan tanpa dikesan, penyakit ini lebih sukar untuk dikawal dan risiko komplikasi diabetes seperti buta, sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan mati pucuk adalah tinggi.

Faktor-faktor risiko utama diabetes adalah:
  1. Mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap diabetes
  2. Berlebihan berat badan atau obes (BMI >23.0 kg/m2)
  3. Menghidap hipertensi
  4. Mempunyai tahap kolesterol yang tinggi
  5. Gaya hidup yang sedentari atau tidak aktif
  6. Bagi wanita yang mempunyai sejarah diabetes semasa mengandung (atau gestational diabetes)
Adalah disarankan agar semua rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun dan ke atas untuk menjalani ujian saringan faktor risiko NCD (non-communicable disease atau penyakit tidak berjangkit) setiap tahun. Ujian saringan asas ini merangkumi pemeriksaan tekanan darah, aras gula dan kolesterol dalam darah, pemeriksaan BMI (body mass index) dan ukurlilit pinggang. Namun begitu, jika anda mempunyai sebarang faktor risiko di atas, maka anda perlu mula menjalani ujian saringan seawal umur 20 tahun.

BERTINDAKLAH SEBELUM TERLAMBAT.

Diabetes Ibu Segala Penyakit

Faktanya setiap 10 saat, dua orang disahkan menghidap diabetes di seluruh dunia manakala empat juta lain maut akibatnya setiap tahun. Tidak cukup dengan itu, diabetes juga berada di tangga keempat penyakit membawa maut.

Menggerunkan bukan? Hakikatnya, di Malaysia sendiri, kira-kira 1.2 juta rakyatnya disahkan penghidap diabetes atau kencing manis. Malangnya, apa yang menyedihkan, separuh daripada jumlah itu tidak menyedari mereka menghidap diabetes sehinggalah dirawat kerana berdepan salah satu komplikasi diabetes.

Setiausaha Am Persatuan Diabetes Malaysia, Datuk Rahimah Ahmad berkata, faktor Malaysia yang diketahui kaya pelbagai jenis hidangan yang lazat, sedikit sebanyak menjadikan ramai leka dengan kandungan gula dan kalori makanan yang diambil.

“Faktor ini digabung pula dengan gaya kehidupan moden kurang aktif yang menyumbang kepada peningkatan kes diabetes yang ketara di negara ini,” katanya ketika merasmikan acara kempen kesedaran diabetes kepada orang awam anjuran persatuan itu, baru-baru ini.
Mengetahui kadar gula dalam darah membantu mengurus diabetes.

Selain penyakit maut, diabetes juga kerap dirujuk sebagai ibu segala penyakit kerana memungkinkan pesakitnya berdepan pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah jantung termasuk kegagalan fungsi jantung. Malah, risiko serangan angin ahmar sememangnya lebih tinggi di kalangan pesakit diabetes berbanding bukan penghidap penyakit itu.

Bukan itu saja, pesakit diabetes juga berisiko hingga empat kali ganda terhadap penyakit jantung atau yang berkaitan kardiovaskular.

Pensyarah Perubatan dan Pakar Runding Kanan Endokrinologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed, pula menegaskan, diabetes adalah penyakit seumur hidup yang setakat ini tidak boleh disembuhkan.

Namun, usaha mengawal pemakanan, melakukan senaman dan mengambil ubat-ubatan mengikut keperluan adalah kaedah pengurusan diabetes yang baik.
Gengran antara komplikasi akibat diabetes.

“Diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh memendekkan hayat seseorang sehingga 10 tahun,” katanya.

Biarpun diabetes dikenali sebagai penyakit orang dewasa, namun kebelakangan ini diabetes Jenis Dua terbukti semakin meningkat di kalangan kanak-kanak dan remaja. Ia dikaitkan dengan masalah terlalu gemuk atau obesiti, kurang bersenam dan diet tidak sihat.

“Gaya hidup dan pemakanan menjadi punca kegemukan yang membawa kepada diabetes. Malah hari ini, tidak menghairankan jika anda mengenali seorang pesakit diabetes yang hanya berusia 12 atau 10 tahun,” katanya.




>> lebih lanjut di Info Kesihatan

This is MY Business!


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Semalam buat pertama kali, saya naik ke pentas bagi menerima cek bonus bulan Oktober. Walaupun tidak dapat disaksikan insan tercinta, namun saya yakin saya tetap dalam doanya sentiasa. Selain menerima cek bonus, saya berpeluang berkenalan dengan rakan-rakan niaga lain. Biar apa pun latarbelakang kami, impian kami tetap sama. Seronok melihat mereka yang telah berjaya. Semoga saya juga akan mengikut jejak langkah mereka satu hari nanti. Insya Allah... Majlis bertambah istimewa dengan kehadiran Pengasas WWN.

Sungguh saya terkesima tatkala mendengar ungkapan "This is MY Business!" pada Malam Penyerahan Bonus Bulan Oktober yang diadakan di Ibu Pejabat WWN. Ungkapan itu saya anggap sungguh keramat yang lahir dari insan yang paling disayangi dan dihormati di WWN iaitu Dr. Noordin Darus. Ungkapan yang saya pasti tulus ikhlas itu telah memberi 'kesan' yang amat mendalam dalam jiwa saya. Lantas saya berjanji bahawa saya "Tidak Akan Berpaling Lagi" (",)

Sunday 13 November 2011

Kesihatan dan Kesejahteraan Dengan All New RxWater

Tanpa kita sedari banyak 'racun' yang telah kita beri pada keluarga kita sama ada melalui makanan atau minuman yang mereka ambil seharian. Hampir tiada apa yang boleh dikategorikan selamat untuk diambil pada masa kini. Bagi ibu ayah yang prihatin mengenai pemakanan dan kesihatan diri, terutama insan-insan yang kita sayang, kini dengan adanya RxWater, anda berpeluang memberikan yang terbaik buat keluarga. Bukan setakat memberikan air yang berkhasiat, malah terjamin keSUCIannya. Percayalah... Anda tidak akan menyesal memilikinya. Bertindaklah hari ini. Bertindaklah SEKARANG!

SUKSES! SUKSES! SUKSES!


Terima kasih atas segalanya.....

Tuesday 8 November 2011

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha buat semua. Kali ini buat pertama kali saya beraya tanpa suami dan anak pertama saya, Aqil Aqashah. Rindunye kat diorng. Si adik tiap-tiap hari tanya bila ayah balik. Mujur la suami memahami keadaan saya dan sanggup ber'korban' melepaskan saya beraya di kampung halaman saya. Semoga pengorbanan kali ini 'berbalai-baloi'.

Thursday 27 October 2011

Ingin Muda?

Apakah mungkin jawapan anda untuk soalan diatas? Hmmm anda mahu? atau... tak kisah pun... Kalau mahu bolehlah teruskan membaca. Bagi yang tak kisah, kalau nak layan, boleh aje..hi3.

Bagaimana pula gambar kat sebelah ni? Adakah gambar tersebut pelik? Mungkinkah ianya boleh berlaku? Bayangkan kalau kita yang merasai keajaiban tersebut? Tentu bahagia hidup kita kan?

Segala soalan diatas adalah dari pengalaman saya sendiri. 5 bulan lalu saya melahirkan bayi ke 3. Dalam meniti usia awal 30an, saya dapati kulit saya semakin kering dan tidak bermaya. Sedangkan selama ini kulit saya adalah kombinasi dan kekadang berminyak. Dalam hati berbisik, mungkin perubahan horman... hmm takpelah... Tetapi semakin hari semakin teruk kondisi kulit dan yg amat ketara pada wajah apabila saya menghadapi kesukaran untuk makeup. Kulit kering dan kusam amat menakutkan saya. Saya mula mencari produk2 kecantikan. Bermacam produk saya cuba tetapi hasilnya hampa. Hampir RM400 dilaburkan..huhu... Sehinggalah saya bertemu dengan RxYoung. Alhmdulillah, saya bersyukur sangat diketemukan dengan RxYoung. Kesan pada kulit wajah saya dapat saya lihat seawal 2 hari! Saya tersenyum puas apabila melihat cermin setiap pagi. Sambil bersyukur, hati saya berkata "Inilah yang saya inginkan"

p/s : Orang kata, bila tambah baby, suami makin nampak muda. Isteri plak dimakan usia. So pesanan untuk semua isteri, jagalah kecantikan dan kesihatan ye!

Wednesday 26 October 2011

UCAPAN DARI PENGASAS WWN

Kita mulakan dengan mendengar kisah benar oleh Pengasas Worldwellness.
Selamat Menonton dan semoga ia menjadi detik bermulanya 
Dunia Kesihatan Anda.

SELAMAT DATANG KE DUNIA KESIHATAN ANDA

Salam sejahtera dan salam perkenalan buat anda semua. Selamat datang ke Dunia Kesihatan Anda. Apakah disebalik Dunia Kesihatan? Bagi saya Dunia menggambarkan sesuatu yang sangat besar manakala Kesihatan pula sesuatu yang amat penting buat kita semua tiap hari, tiap masa. Apalah ertinya kekayaan jika tidak miliki kesihatan? Pasti anda semua setuju kan? Jadi, atas dasar Kesihatan, saya memulakan arena persuratan di blog ini bagi berkongsi dengan sesiapa jua yang peka kepada Kesihatan. Nantikan coretan saya lagi...